Saturday, 13 October 2012

Bagai aur dengan tebing

Bagai aur dengan tebing merupakan sebuah peribahasa yang bermaksud tolong-menolong antara sesama insan. Bercerita tentang peribahasa ini, saya teringat akan sebuah cerita yang disampaikan oleh Pensyarah saya. Beliau menceritakan kepada kami mengenai mitos tentang peribahasa tersebut. Mitos tersebut merupakan kepercayaan bagi sebuah kaum, namun saya tidak ingat akan kaum tersebut. Mitos tersebut menceritakan bagai mana peribahasa ini terhasil. Mitos tersebut Menceritakan tentang kisah aur dan tebing ketika keadaan air di dalam sungai berkeadaan deras. Pada masa itu, tebing berterima kasih kepada aur kerana dengan adanya aur tebing tidak dihanyutkan oleh arus deras. Aur juga berterima kasih kepada tebing kerana menjadi tempat perlindungan baginya. Sekiranya tiada tebing, maka aur tidak ada tempat untuk berlindung. 

         Berdasarkan cerita tersebut, saya mendapat membuat satu kesimpulan, iaitu walau siapa pun kita, kita sentiasa hidup saling bergantungan antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, dalam dunia hari ini masyarakat kian lupa akan nilai murni dalam peribahasa tersebut. Contohnya, golongan atas yang mempunyai status dan jawatan yang tinggi memandang rendah kepada masyarakat golongan bawahan yang hanya berkerja sebagai petani, nelayan, dan sebagainya. Mereka menganggap bahawa kedudukan, pangkat, dan harta menjadi ukuran di muka bumi ini. Sebenarnya mereka lupa, lupa akan nilai yang telah Allah cipta di hadapan mata kita. Lihat sahaja kepada kejadian aur dan tebing, begitu jugalah dengan kehidupan kita. Cuba kita sama-sama bayangkan sekiranya tiada masyarakat yang menjadi petani untuk mengusahakan tanah dan menanam tumbuhan yang mengeluarkan hasil seperti padi, kelapa sawit, dan getah. Adakah mereka yang berjawatan tinggi akan turun padang untuk melakukan kerja seperti itu. Memang pada kebiasaannya yang berkerja di ladang merupakan masyarakat yang berpelajaran rendah. Namun, sumbangan mereka kepada seluruh rakyat di sesebuah negara tidak dapat diukur. Secara ringkasnya, kehidupan kita saling bergantungan, tiada yang kaya bagaimana pula nasib yang miskin. Itulah lumrah kehidupan yang telah tetapkan oleh yang Maha Esa.



No comments:

Post a Comment

R
A
D
N
A
K
S
I