Kisah sang kancil dan sang kerbau merupakan sebuah cerita kanak-kanak yang mempunyai pelbagai pengajaran. Cerita ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu medium atau alat untuk tujuan pendidikan. Kita lihat sahaja bagaimana sang kancil membuat helah dan menyelesaikan masalah. Hal ini penting bagi kanak-kanak untuk meyelesaikan sesuatu masalah khususnya dalam pelajaran. Mungkin melalui medium ini, kita dapat mengajar kanak-kanak supaya mempunyai satu pemikiran yang kreatif dan kritis dalam usaha untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Bagi saya cerita yang melibatkan pengajaran dan tauladan seharusnya disiarkan di kaca televisyen agar kita dapat melahirkan modal insan yang mampu untuk mengalas matlamat negara kita. Saya amat tidak berminat dengan keghairahan produksi filem yang suka menyiarkan cerita yang berunsurkan negatif seperti budak pailang, bohsia, dan sebagainya. Sedangkan cerita tauladan seperti sang kancil, dan sebagainya yang mampu memberikan kesan yang positif ini ditinggalkan sehingga lapuk ditelan arus kemajuan zaman.
No comments:
Post a Comment