Pada hari ini, saya akan berkongsikan sebuah kisah yang berkaitan dengan kasih seorang ayah. Kita pasti pernah mendengar ungkapan "kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa". Saya teringat pada zaman saya bersekolah dahulu. Kawan-kawan suka membuli kita dengan mengejek nama ayah kita. Pada masa itu, kita akan menjadi marah dengan tindakan kawan kita. Kita marah kerana sayangkan ayah kita. tidak kiralah ayah kita itu berpelajaran atau tidak, namun dialah ayah kita. Saya ingin berkongsikan sebuah iklan yang amat menyentuh perasaan saya mengenai kasih seorang ayah.
Walaupun ayah kita tidak sempurna, namun kasih ayah kepada anak-anaknya tidak terhingga dan kekal sepanjang masa. Lihatlah apa yang ayah gadis itu lakukan, walaupun dia mengetahui bahawa anaknya tidak senang akan kecacatannya, dia tetap tidak membiarkan anaknya berada dalam kesukaran. Itulah kasih seorang ayah.
No comments:
Post a Comment