Tuesday, 23 October 2012

Kesihatan

Saya tertarik dengan usaha Kementerian Kesihatan yang menggunakan pelbagai elemen unutk membawa masyarakat akan kepentingan menjaga kesihatan. Kerajaan telah menggunakan pelbagai media untuk menyampaikan mesej yang berguna kepada masyarakat agar sentiasa mementingkan kesihatan. Sebagai contoh penggunaan iklan di saluran televisyen, media cetak, dan sebagainya. Selain itu, kerajaan turut menggunakan pendekatan yang lain seperti memaparkan kain rentang, banting, dan sebagainya di tepi jalan raya, pusat bandar, dan kawasan tumpuan orang ramai. Bagi mengatasi masalah perokok pula, kerajaan telah meletakkan amaran disetiap kotak rokok dengan memaparkan gambar-gambar penyakit yang disebabkan rokok. Walau bagaimanapun, usaha tersebut masih kurang berjaya, namun kerajaan dengan bantuan agensi bukan kerajaan tidak berputus asa dalam usaha menggalakkan masyarakat untuk menjaga kesihatan.


Secara kesimpulannya, berdasarkan kepada gambar di atas, masyarakat perlulah sedar akan kepentingan menjaga kesihatan. Namun, masyarakat kebanyakannya kurang peka akan usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan mahupun swasta. Sikap tidak ambil peduli inilah yang menyebabkan masih ramai masyarakat kita yang mengalami masalah kesihatan khususnya bagi perokok-perokok tegar. Oleh itu, kita seharusnya mengambil peduli akan usaha yang dilakukan oleh kerjaan dan swasta. Hal ini demi kebaikan bersama.







No comments:

Post a Comment

R
A
D
N
A
K
S
I