Saya teringat semasa saya berada di dalam bas. Pada masa itu, semua penumpang bas hendak turun dari bas. Saya amat tertarik dengan sikap para pelajar yang turun dari bas. Mereka kesemuanya mengucapkan ucapan terima kasih kepada pemandu bas yang telah membawa kami pulang ke kolej kediaman dengan selamat. Semasa saya menunggung giliran saya untuk turun, saya mendapati terdapat pelbagai kata sapaan yang digunakan oleh para pelajar, ada yang mengucapkan 'terima kasih abang', 'terima kasih uncle', dan sebagainya.
Berdasarkan kepada pemerhatian saya, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris mempunyai satu sikap yang positif dalam menghargai kebaikan orang lain. Hal ini demikian kerana para pelajar telah dipupuk dengan nilai-nilai murni supaya para pelajar mampu untuk menjadi seorang guru yang boleh dijadikan sebagai contoh untuk para pelajar di sekolah kelak. Walau bagaimanapun, dari sudut penggunaan kata sapaan, para pelajar seolah-olah tidak pernah mendapat pendedahan dalam menggunakan kata sapaan. Bagi saya, kita hendaklah menggunakan kata sapaan yang sesuai dengan orang yang hendak kita sapa. Sebagai contoh, kita hendak menyapa pemandu bas, kita boleh menyapa dengan sapaan encik atau pak cik. Sekiranya dengan orang-orang yang berjawatan dan mempunyai gelaran seperti dr, kita perlu menyapa mereka dengan gelaran yang mereka miliki. Hal ini demikian kerana setiap ucapan yang kita ucapkan mampu mengambarkan keperibadian kita.
No comments:
Post a Comment