Tuesday, 25 September 2012

Penggunaan kata sendi nama 'di'

Pada beberapa hari yang lalu, saya dan rakan sebilik saya telah pergi ke bilik bacaan kediaman kami. Semasa kami asik mengemas barang-barang di sana, kami terpandang ke arah satu manual penggunaan mesin basuh. Pada manual tersebut, kami mendapati terdapatnya kesalahan dalam penggunaan kata sendi nama di. Kata sendi nama di merupakan kata yang digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Cuba kita lihat keratan manual ini :


Dalam petikan manual penggunaan ini, kata sendi nama di hadir di hadapan kata harap. Kata harap bukan kata nama yang menunjunkkan tempat. Namun, dalam petikan ini kata sendi nama di ditulis terpisah. Sekiranya kata sendi nama di hadir di hadapan kata yang tidak menunjukkan tempat, di hendaklah ditulis rapat dengan kata selepasnya. Berikut merupakan ayat yang betul :

Para pelajar diharap dapat menjaga dan menggunakan mesin ini dengan sebaiknya.

Oleh itu, kita hendaklah bersama-sama dalam menjaga mutu bahasa kita. Kita seharusnya mengambil berat dalam hal-hal yang berkaitan dengan tatabahasa walaupun hanya dalam iklan mahupun manual penggunaan. 

No comments:

Post a Comment

R
A
D
N
A
K
S
I