Pada hari ini, saya dan sahabat saya telah pergi ke sebuah sekolah yang hendak kami jadikan tempat kajian pembentukan modal insan. Kami berunding bersama guru-guru sekolah tersebut. Saya telah memberikan tarikh, tetapi masa itu pelajar sedang bercuti sekolah. Oleh itu, kami menggubah tarikh selepas tamat cuti pertengahan semester. Bagi saya sekolah itu walaupun kelihatan tidak begitu sempurna, namun permata yang dihasilkan lebih indah daripada sekolah tersebut. Apabila melihat kanak-kanak sedang asik bermain, saya teringat-ingat akan zaman saya bersekolah agama dahulu. Begitulah keadaan saya dahulu.
Ketika hendak pulang, saya terdengar seseorang memberikan salam ke arah kami. Saya mencari-cari dan terlihat seorang pelajar sekolah tersebut tersenyum ke arah kami. Pada masa itu, saya berasa amat gembira kerana saya rasakan saya pilih sekolah yang tepat. Apabila mengenang kembali, saya sedih kerana mengapa orang yang lebih dewasa daripada dirinya sukar untuk melakukan seperti itu. Inilah yang saya katakan tadi. Walaupun sekolah itu tidak seindah mana, namun permata yang dilahirkan jauh lebih indah daripada sekolah tersebut.
Sebagai kesimpulan, saya boleh ungkapkan bahawa andai kita asuh kanak-kanak dengan agama. Maka permata yang dihasilkan sangatlah indah. Saya memetik nota-nota yang saya perolehi daripada kelas pembangunan modal insan, iaitu generasi yang mengamalkan Al-quran dan Sunnah. Inilah salah satu ciri-ciri modal insan yang ingin kita hasil di negara kita.
No comments:
Post a Comment