Pada 15 dan 16 oktober, Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Fakulti Bahasa dan Komunikasi telah mengadakan program memartabatkan Bahasa Melayu. Dalam program ini, terdapat beberapa orang pembentang kertas kerja yang membentangkan mengenai pengajaran Bahasa Melayu di sekolah. Saya mendapati terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk memupuk minat para pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu. Pengajaran tersebut tidak hanya tertumpu untuk membuat karangan semata-mata, namun terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti menyalin skrip berita di siaran televisyen, mengadakan aktiviti mencari harta karun, dan sebagainya.
Saya amat tertarik dengan salah seorang pembentang kertas kerja yang membentangkan tentang pengajaran Bahasa dengan menggunakan glogster. Bagi saya hal ini amat menarik dan boleh diguna pakai kepada pelajar yang belajar Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana pada masa ini pelajar telah terdedah dengan kemudahan teknologi maklumat dan setiap sekolah juga terutama sekolah di bandar telah mempunyai kemudahan jalur lebar. Oleh itu, pembelajaran Bahasa Melayu akan menjadi lebih menarik. Melalui kaedah ini, guru boleh menggantikan pengajaran Bahasa Melayu daripada kaedah konvensional kepada kaedah yang melibatkan penggunaan ICT.
Bagi saya, usaha membudayakan penggunaan ICT dalam pengajaran Bahasa Melayu perlu diteruskan agar pengajaran Bahasa Melayu menjadi lebih menarik. Selain itu, para pelajar juga dapat menimba ilmu dalam penggunaan ICT untuk keperluan masa depan mereka di alam pekerjaan kelak selaras dengan matlamat pendidikan negara.
No comments:
Post a Comment