Friday, 19 October 2012

Pengurusan Masa

Pada hari ini, saya akan berkongsi satu permasalahan yang berlaku dalam kalangan pelajar di Universiti kita. Setiap hari saya akan dapat melihat para pelajar bergegas mengejar bas dalam keadaan yang kelam-kabut. Sebahagiannya kelihatan tenang menaiki bas, namun terdapat juga yang seperti mahu berkejar ke kampus dengan cepat. Saya berfikir sejenak, adakah bas yang dibekalkan oleh pihak pengangkutan tidak mecukupi? Ada juga yang melontarkan kata-kata yang tidak enak didengar oleh telinga saya. Apabila lewat sampai ke kelas, alasan yang diajukan kepada pensyarah ialah bas lambat.

        Setelah saya meneliti, sebenarnya sebilangan mereka mempunyai masalah dari segi pengurusan masa. Kelewatan yang mereka alami bukan disebabkan oleh bas yang lambat atau tidak mencukupi, tetapi disebabkan oleh kelewatan mereka untuk menunggu bas. Cuba kita fikirkan, sekiranya kelas bermula pada pukul 9 pagi, mereka keluar dan menunggu bas pada pukul 8.45 pagi. Apakah rasionalnya? apabila ketiadaan bas pada masa itu, mereka serta-merta menyalahkan bas.

         Bagi saya, mereka patut sedar akan pentingnya pengurusan masa. Mereka hendaklah keluar sekurang-kurangnya 45 minit lebih awal sebelum waktu kelas bermula. Jangan menganggap turun awal itu membuang masa. Bagi saya, turun lewat dan lewat sampai ke kelas merupakan satu kerugian. Cubalah kita menerapkan nilai-nilai bertanggungjawab dalam diri kita. Hal ini penting apabila kita bergelar guru nanti. Adakah kita hendak menjadi contoh yang tidak baik kepada anak-anak didik kita? Marilah sama-sama kita renungkan sebuah analogi yang saya cipta, Adakah kita akan memasak apabila kita berasa lapar atau memasak sebelum tiba waktu kita makan? Fikir-fikirkan.

No comments:

Post a Comment

R
A
D
N
A
K
S
I