Wednesday, 17 October 2012

Puisi Melayu

Pada hari jumaat yang lalu, saya telah pergi ke Rumah Pena. Aktiviti ini telah dianjurkan oleh kelas Puisi Melayu. Kedatangan kami di Rumah Pena disambut baik oleh ahli-ahli sastera yang berada di sana. Pada masa itu, saya dan rakan-rakan amat teruja dengan keadaan di sekeliling rumah tersebut. Reka bentuk rumah tersebut bercirikan reka bentuk lama yang unik. Disebabkan kami datang pada waktu malam, kami tidak dapat melihat keindahan kawasan rumah tersebut dengan lebih jelas. Di sana kami dapat menyaksikan beberapa orang tokoh yang bergiat aktif dalam membudayakan Puisi Melayu. Saya kagum dengan layanan ahli-ahli Pena, walaupun mereka masing-masing mempunyai pangkat yang besar tetapi mereka melayanan kami dengan baik. Makan semeja tanpa ada jurang perbezaan. 

          Mereka begitu aktif dalam memperkasa Puisi Melayu di arena ini. Saya dan rakan-rakan juga berpeluang membuat persembahan di pentas Pena. Hal itu merupakan pengalaman yang tidak saya lupakan. Pengalaman ini juga boleh saya kongsikan bersama-sama keluarga dan rakan. Sedang kita mengejar sains dan teknologi, namun kesusasteraan Melayu tetap tidak dilupakan. Usaha tersebut dilakukan oleh segolongan ahli sastera yang aktif mengetengahkan sastera Melayu di arena globalisasi. Itulah yang saya kira sebagai perjuangan.

           Setelah dapat melihat ahli-ahli sastera berpuisi, saya berfikir sejenak, apa yang akan berlaku sekiranya tidak ada lagi golongan yang akan menjaga kedudukan sastera di negara kita. Saya berpendapat sastera akan pupus dimamah arus pemodenan. Bagi saya sebagai pelajar bahasa, ini merupakan nikmat yang perlu dijaga. Hal ini demikian kerana sastera mengajar kita tentang nilai dan pelbagai mesej dapat disampaikan dengan terus. Nilai dan mesej atau nasihat tidak dapat disampaikan melalui sains dan teknologi. Oleh itu, kita tidak boleh meninggalkan sastera begitu sahaja kerana pada zaman dahulu, masyarakat belajar tentang nilai, agama, dan sebagainya melalui sastera.




No comments:

Post a Comment

R
A
D
N
A
K
S
I