Tuesday, 2 October 2012

Makna

Pada hari ini, saya hendak berkongsi kepada rakan-rakan mengenai satu kenyataan yang saya terbaca di sebuah laman sosial. Kenyataan itu telah dikongsikan oleh seorang rakan dalam laman sosial tersebut. Kenyataan tersebut menarik perhatian saya. Pada mulanya, saya amat terkejut dengan kenyataan tersebut dan hal ini turut membuatkan rakan-rakan saya yang lain turut terkejut. Selain itu, ramai pengikut laman sosial tersebut yang memberi komen terhadap kenyataan tersebut. Kenyataan tersebut menyatakan bahawa seorang lelaki muslim haram bernikah dengan gadis sekampung. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Mufti. Saya cuba memahami kenyataan tersebut berdasarkan kepada konsep semantik.

         Saya cuba membaca penjelasan kenyataan tersebut dengan lebih teliti. Setelah memahami kenyataan tersebut, barulah saya mendapat jawapan yang sebenar. Kenyataan itu cuba memberitahu bahawa seorang lelaki hanya boleh bernikah dengan empat orang isteri sahaja, sekampung membawa makna jumlah gadis yang berada di sesuatu kawasan. Sekiranya, di kampung itu terdapat sepuluh orang anak gadis, tidakkan seorang lelaki hendak menikahi kesepuluh-puluh anak gadis di kampung itu.

           Gadis sekampung juga mempunyai makna yang lain selain membawa maksud jumlah atau kuantiti. Ayat itu turut membawa maksud orang yang tinggal di tempat yang sama. Kita boleh tafsirkan juga gadis itu tinggal sekampung dengan lelaki muslim itu. Oleh itu, sebelum hendak memberikan tindak balas terhadap sesuatu kenyataan, kita hendaklah membaca penerangannya dahulu. Inilah senario yang berlaku pada hari ini. Ramai orang yang tidak meneliti sesuatu kenyataan dengan teliti dan mengeluarkan pelbagai sentimen terhadap sesuatu kenyataan sehingga menyebabkan perbalahan.

No comments:

Post a Comment

R
A
D
N
A
K
S
I